Musim Bunga Kemudian

Negeri-negeri sudah lelah oleh peperangan
dan berbaring lemah di ranjang pengantin masing-masing
sempit bagai takungan sungai Danube.
Musim bunga sudah bermula, ghairah pertama.
Pada sebatang pokok, masih telanjang
merbuk liar sedang mematuk.
Tak ada siapa tau apa nak bikin, apa nak fikir.
Kami adalah piatu, kerana musim dingin
tak tinggalkan kami sebarang wahyu;
seekor rama-rama muda belajar terbang
dengan kelam kabut, dari kosong.
Rama-rama tiada budaya.
Tapi kita mesti mati.
Ini bukan cara terbaik
menamatkan puisi,
R membantah. Dan menambah:
Sebuah puisi mesti tamat
lebih baik dari hidup. Itulah bendanya.

Next Spring
Unseen Hand, 2011

terjemahan Karim Mohd

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Under Your Pillow