Pesanan Buat Seorang Isteri ii

(lidahmu
adalah seekor ular
yang melengkar
di rongga mulutmu
lalu mematuk
tubuhmu sendiri)
berkatalah dengan lidah mariam
yang mempertemukan kata
dari kebun syurga
bagai airdingin gunung
yang lembut dan hening
di hujung mataku.
bersuaralah dengan bahasa masyitah
yang berlegar di kabutbatinmu
bagai suara malaikat
membawa iqra’
lembut dan bening
lembut dan bening
lalu bermukim
di dadaku
suamimu.

Pasrah, 1981
Dewan Bahasa & Pustaka

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Sketsa muka depan oleh Zulkifli Dahlan
Catatan Mimpi Latiff Mohidin