Cuba Syukuri Dunia yang Serba Cedera

Cuba syukuri dunia yang serba cedera.
Imbas kembali hari panjang bulan Jun,
dan gugusan stroberi liar, titisan wain mawar.
Pohonkecil jelatang yang tumbuh merata semahunya
tapak-tapak rumah tinggalan para pengungsi.
Kau mesti syukuri dunia yang serba cedera.
Kau melihat yacht indah dan kapal-kapal;
salah satu daripadanya akan kembara panjang,
sementara kelupaan nan masin menanti yang lain.
Kau telah menyaksikan pelarian tak lari ke mana-mana,
kau telah mendengar sang algojo bernyanyi ria.
Kau harus syukuri dunia yang serba cedera.
Ingat kembali pada saat kita berdua bersama
di dalam kamar serba putih, dan langsir menggelepar.
Kembali pada fikiran saat konsert tatkala muzik terbakar.
Engkau kumpul akorn di taman waktu musim luruh
dan daun-daun pun gugur menutupi luka-luka pada kulit bumi.
Syukurilah dunia yang serba cedera
dan pelepah kelabu segores kehilangan,
dan cahaya molek yang bergelintar dan pergi
dan kembali.

Try to Praise the Mutilated World
Without End, 2002

terjemahan Karim Mohd

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Bunga Alang-alang