AGI mempersembahkan Tak Tun dalam komik Mat Som oleh LAT

Ritma dan Tak Tun

atau mengapa Tak Tun adalah antara puisi moden terpenting dalam negara

Tak Tak Tak Tak Tak Tak Tak Tak

Memang bunyinya konsisten dengan jarak yang sekata, tetapi lama-lama akan menjadi bosan. Mari ubah sedikit jaraknya.

TakTak Tak TakTak Tak Tak TakTak Tak

Okey, makin menarik, tetapi masih tidak cukup, sebab tiada variasi bunyi pula. Tak sudah keras, perlu diperkenalkan bunyi yang lembut sebagai pasangannya.

TakTak tun Tak tun TakTak tun Tak tun

Malah vokalisasi Tak boleh dilembutkan dan tun ditegaskan.

Puisi Tak Tun tersebar semula sempena pameran Poemscape AGI

Tetapi, masih boleh diperkenalkan variasi baru, seperti Konnakol.

Ta Ka Ta Ka Ta ki Ta Ta Ka di mi Ta ki Ta

Atau bunyi gendangan lembut mengiringi mantra Buddha yang diajuk dalam lagu Shakushain (Wednesday Campanella).

Tan Ta Ka Tan Ta Ka Tan Ta Ka Ton

Atau khas untuk peminat K-Pop (Red Velvet).

Zim za la bim Zim Zim za la bim Zim Zim

Sekarang bayangkan Tak adalah bass/peddle (+ snare kadangkala) dan tun adalah hi hat.

tun tun tun Tak tun tun tun Tak tun tun tun Tak

Tetapi kita belum masuk muzik lagi, belum lagi. Masih dalam alam ritma, ya ritma, RITMA, rit-ma, r i t m a.

Ritma yang menggerakkan kaki hingga terasa hendak menari seperti tiada esok hari.

Ritma yang sering kita lupai dalam pembinaan puisi.

Ritma yang menjelma baris dan rima.

Tanpa kira ke kiri ke kanan, terdiam mahupun dipadam.

I sat upon the shore
Fishing, with the arid plain behind me
Shall I at least set my lands in order?
London Bridge is falling down falling down falling down
Poi s’ascose nel foco che gli affina
Quando fiam uti chelidon—O swallow swallow
Le Prince d’Aquitaine à la tour abolie
These fragments I have shored against my ruins
Why then Ile fit you. Hieronymo’s mad againe.
Datta. Dayadhvam. Damyata.
Shantih shantih shantih

The Wasteland, T.S. Elliot
Pameran Poemscape Tak Tun anjuran Galeri Aswara

PAMERAN SOLO AGI : POEMSCAPE TAK TUN

Tempoh pameran: 6 Julai – 16 Ogos

ABDUL GHAFAR IBRAHIM atau lebih dikenali dengan nama penanya AGI, anak kelahiran Kampung Sesapan Batu Minangkabau Beranang ini terlibat hampir dalam semua bidang seni; sebagai pelukis, penyair, deklamator puisi, pelakon pentas, dan penulis skrip drama, selain bergiat sebagai aktivis sastera.

Beliau merupakan orang malaysia yang pertama menjadi penulis tamu di International Writing Program, School of Letters, University of Iowa, Amerika Syarikat pada tahun 1974. AGI juga memperolehi Sarjana Muda Seni Halus di Northern Illinois University, DelKalb dan Sarjana Seni di Eastern Illinois University Amerika Syarikat.

Buat julung kalinya, Galeri ASWARA mengadakan Pameran Solo Abdul Ghafar Ibrahim @ AGI bertajuk POEMSCAPE : TAK TUN, yang mempamerkan karya-karya hasil sentuhan beliau dari tahun 2015 – 2019 .

ABDUL RAHMAN SHAH merupakan seorang penulis, pencerita dan peneliti sastera. Beliau merupakan penyelenggara sebuah laman cerpen niruntung, Cukaria.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Sajak Perbezaan