Malam Ialah Takungan

Malam ialah takungan. Burung hantu bersiul. Pelarian menjejak jalanan rumputan
dengan desahan kuat rintihan kesedihan tak berkesudahan.
Siapakah engkau, berjalan di antara wajah-wajah risau ini.
Dan siapa kau akan, siapa yang kau akan jadi
apabila pagi kembali, dan salam sejahtera membulat bundar.

Malam ialah takungan. Pasangan terakhir berdansa di lantai.
Ombak tinggi meraung dari samudera, angin menajam keras.
Sebilah tangan ghaib mencalit warna pertama dinihari.
Lampu-lampu menyusut kelam, motor terbatuk.
Di depan kita, jalanan hidup terbentang, semesta kemungkinan.

Night Is A Cistern
Eternal Enemies, 2008

terjemahan Karim Mohd

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Gerimis Tumbuh