Terbitan Bilik Penyair

Buku-buku terbitan kami boleh dibeli di laman Shopee

CATATAN MIMPI Karim Mohd

Terbitan: Januari 2020

ISBN: 978-967-17758-0-6

Tebal: 48 halaman

Genre: Catatan


PADA SUATU PAGI aku terbangun dan menemui sebilah pisau di bawah bantal. Aku tidak bertanya pisau dicipta untuk apa; atau kenapa ia berada di situ. Lalu kuhiris kulit sendiri. Aku tidak bertanya kepada kulit, kenapa berdarah; atau kepada tangan, kenapa mengambil pisau. Kini darah telah mengalir deras seperti Niagara dari luka kecil tadi, membasahkan seluruh tubuh dan lantai kamar.

DUA RAHSIA BERJABAT Qurratul 'Ain

Terbitan: Januari 2020

ISBN: 978-967-17757-0-7

Tebal: 48 halaman

Genre: Catatan


KENAPA KAU BERDOA? kautanya, sedikit sinis. “Mungkin sebab, Tuhan mahu tahu bagaimana hari kita?” kujawab. Kemudian kita terdiam sekejap.Ya, mungkin Dia ingin kita teruja bercerita kepada-Nya.

DI HATIKU SALJU TURUN SEPANJANG TAHUN Yun Dong-ju

Terbitan: Mac 2020

Tebal: 48 halaman

Genre: Terjemahan Puisi

Penterjemah: Iman Danial Hakim


SALJU-SALJU GUGUR menutupi jejak kaki kecilmu. Sulit untuk aku mengikutinya. Saat salju meleleh di setiap bekas tapakan yang tersisa, yang kulihat: bermekaran bunga-bunga. Kalau nanti aku mencari jejak kakimu, di antara bunga-bunga itu, salju akan turun di hatiku. Sepanjang tahun.

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com