BilikPenyair bermula pada Januari 2018. Saya pun lupa tarikhnya. Ia bermula dari dinding Facebook sendiri, ke blog serta Instagram.
Sajak-sajak disaring sebelum disalin dari buku-buku yang saya baca. Antologi, kumpulan puisi persendirian, majalah. Selagi ia bagus, saya akan menyalinnya untuk tujuan siaran kepada pembaca. Ini kerana kadang-kadang, kita tidak tahu, kita mempunyai khazanah puisi yang kaya, yang hebat, cuma saja kita tidak mahu atau mungkin tidak berkesempatan meneroka puisi-puisi kita.
Saya membaca dari Usman ke Muhammad, dari Latiff ke T. Alias Taib, dari Rosli K. Matari ke Zaen Kasturi, dari Lutfi Ishak ke Fahd Razy. Saya akan terus menyelongkar puisi-puisi dari era lama ke baru, kerana ia penting untuk melihat perkembangan puisi kita.
Kami boleh ditemui di blog ini, Facebook dan Instagram.