Catatan Perihal Puisi Plastik (1966)

Puisi bermula dengan runcing mata tinta dan patut berakhir dengan bola mata pena. Sekarang puisi kelihatannya telah tiba kepada dua cabang; sama ada sebagai runtuhan atau sebuah pembangunan; arahnya sepenuhnya bergantung kepada apa yang penyair moden bakal guna, selain sekadar sebatang pen untuk mengungkapkan diri mereka.

Sebuah kamera barangkali sesuai bagi para penyair untuk mengungkapkan dirinya. Kamera dapat menciptakan puisi yang indah meskipun dengan objek yang remeh.

Kata-kata merupakan simbol yang paling bermasalah digunakan oleh umat manusia untuk komunikasi. Kemudian, Zen, falsafah dan agama, dsb. telah menjadikannya lebih sampah lagi.

Adalah sesuatu yang karut untuk puisi – hasil para penyair – untuk disesuaikan dengan pemikiran Zen dan falsafah yang begitu kuno!

‘Puisi plastik’ [yang aku perkatakan ini] yang tidak memerlukan baris atau rangkap ialah figura puisi itu sendiri; dalam kata lain, ialah ‘device for a poem’ iaitu, padanya, rentak dan makna bukanlah sesuatu yang penting lagi.

Aliran puisi eksperimental yang bercambah dari Futurism, Dadaism, dan Cubism telah meninggalkan kolam-kolam kecil puisi konkrit di sana sini, tetapi ia akan kering jua suatu masa kelak.

Penyair: Kau tidak patut berharap akan tepukan gemuruh khalayak, menyambutmu sebagai penukang kata-kata paling handal. Tepukan sebegitu tidak akan sampai kepadamu, meski selama mana pun kaumenunggu.

Aku akan mencipta puisi melalui viewfinder kameraku, dari gumpalan-gumpalan kertas, papan, kaca-kaca, dsb. Ini merupakan kelahiran puisi yang baharu.

Sumber

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com