Himpunan Kata Nama Bagi Manusia Hidup Liar

Sekumpulan opah dipanggil sesulaman songket. Segerombolan anak kecil, sepelukan hilai-tawa (lihat juga: seteriakan meragam). Sekelompok pustakawan adalah sebukuan cerah. Sepuak karyawan seni rupa pula seterangan biopendarkilau. Serombongan penulis cerpen adalah sekerisan mas. Segolongan pemuzik ialah sekugiran.

Seanggunan penyair.

Selampuan saintis.

Seperahuan pekerja sosial.

Segugusan unit kecemasan utama adalah seperkasaan berani. Segelombangan penunjuk perasaan aman adalah sepandukan mimpi. Sereguan cikgu-cikgu mengajar pendidikan khas ialah seperingkatan agung. Sepasukan para jururawat di wad kecewasan neonatal adalah seperjuangan mulia. Sekauman warga hospis, serumahan rahmat.

Manusia-manusia hidup di liar, berjemaah dan bergembira, dulunya segirangan ceria, kini; sesasaran mangsa.

Sesasaran mangsa penonton konsert.

Sesasaran mangsa penonton panggung wayang.

Sesasaran mangsa penari.

Sekelas budak-budak sekolah adalah sesasaran mangsa.

Collective Nouns for Humans in the Wild

terjemahan Jack Malik

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Krawang–Bekasi