Penjaga istana itu merintih aneh
dalam dialek garau puak pergunungan.
Jendela Venetia terbuka dan tertutup.
Limosin panjang tiba dan berangkat.
Agaknya seseorang sedang nazak di dalam istana.
Kain rentang hitam terjulur,
kemudian bergulung semula macam lidah ular rumput.
Burung layang-layang, nyanyian zabur, menular resah bersama kerisauan…
Tapi siapalah agaknya,
sebab istana itu sudah kosong sekian lama,
diserahkan kepada kelelawar dan ironi?
Masih segalanya seakan memberi tanda
bahawa ada seseorang sedang nazak di dalam istana.
Engkau tidak boleh sesekali abaikan
isyarat-isyarat kehidupan.

Castle

  1. Jendela Venetia: jendela kaca tiga bahagian dengan bahagian tengah mempunyai semacam bentuk lengkungan pada bahagian atas jendela yang empat segi.

terjemahan Karim Mohd

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Malaikat