Satu Percakapan Singkat

dengan teman seniman

Temanku
tentang cinta kita pada hidup
mungkin tak banyak perbezaan
tentang cinta kita pada puisi
itu pun tak ada perbezaan
tetapi kau lelaki
dan aku perempuan
di sinilah letaknya perbezaan.

Seorang lelaki membebaskan diri
untuk membataskan pilihan
seorang perempuan membataskan pilihan
untuk membebaskan diri.

Keberangkatan, 1990
Dewan Bahasa & Pustaka

Satu Percakapan Singkat dengan Teman Penyair

Tentang cinta kita pada puisi
tidak ada perbezaannya
tentang pandang kita terhadap kehidupan
pun tidak banyak perbezaan
tetapi kau lelaki
dan aku perempuan
di sinilah letaknya perbezaan.

Seorang lelaki membebaskan diri
untuk menyempitkan pilihan
seorang perempuan menyempitkan pilihan
untuk membebaskan diri.

Dewan Sastera, Julai 1983

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Timbunan Salji