lengkung pelangi
yang terhampar
di bawah sutera
bibirnya
rongga mulut syurga
kukucup kening Allah
ngeri
dan ghaib
di dadanya
terasa panas
buah tasbih
di tapak tangan
sinar pun gemerlap
ke hujung jari
di perutnya
sejuta doa berpusar
dosa pun terbenam
di bawah kedutan
kulit tapak kaki
tubuhnya
daerah ratib
dan ratap
yang berentap
dalam sepi
kugulung
lengkung pelangi
dan tangan Allah
tergenggam kejap
di tanganku
langit pun teduh

Qaf, 1985
Dewan Bahasa & Pustaka

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Aku Tidak Mahu Lagi