Pada subuh koma yang rosak,
aku menjadi ayahku.

Harapan adalah perkataan yang kotor
dan ia lebih hina bila seseorang itu lupa untuk menggunakannya.

Aku suatu masa dulu mungkin mahukan sebuah rumah.
Berwarna merah, jenis kayu.

Dengan pagar
sebuah bukit
seorang isteri

dua orang anak

mungkin tiga
mungkin seorang

sehimpun nafas
untuk menarik dan membalik terus

dan satu Tuhan
yang menyambut aku masuk
dan menghangatkan diriku.

Ilustrasi © Anis Mojgani

Church
Songs From Under the River (2013)

terj. Jack Malik

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Video: Tenang Telah Membawa Resah