Pada Hari Anak Lelakinya Dilahirkan Si Tukang Falak Meneriak Dari Jendelanya

Aku menjumpai kau di dalam sebuah buku bintang-bintang berjudul
Ahad Bermula pada Senja Sabtu.
Ia dibelek ke mukasurat yang ditanda “Untuk nanti.”
Aku merenyukkan tulang belakangku dan menjadi tikus.
Kamu dulu planet.
Aku adalah satu doa yang dituturkan
dalam jangka hayat kerdil seekor hama
yang ingin menjadi sebilah pedang
berharap untuk bertukar jadi sebatang ranting
sebuah buruj
atau sekurang-kurangnya satu jawapan
untuk soalan seseorang.
Aku dilahirkan pada tahun angsa.
Tangan-tanganku dilahirkan pada tahun ikan.
Lidahku rasa seakan kebenaran.
Aku ada masalah untuk menelannya.
Sebuah penjuru diriku dulunya sesuatu yang agung.
Ibuku menulis asal-usul mitos
di bahagian dalam seluar dalamku.
Aku berjalan nirseluar untuk menjadi lebih dekat kepada apa yang aku pernah jadi.
Aku menyalakan api pada sebuah kereta sorong
menaikinya
dan mencari sebuah bukit untuk pandu turun.
Aku berada di bawah salah satunya.
Aku tolak kereta sorongku naik.
Tengah jalan hujan turun.
Mencarut bukannya datang daripada kurang perbendaharaan kata—
Aku tahu semua perkataan-perkataan yang lain.
Tak ada satupun bertutur dalam bahasa
pukimak sama macam mana hati aku bertutur.

Ilustrasi © Anis Mojgani

On The Day His Son Was Born The Astronomer Screamed Out His Window
Songs from Under the River (2013)

terj. Jack Malik

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Wawancara Muhammad Haji Salleh