Kembang Selaut

Aku berkolek di Laut Cina Selatan
dalam pasang surut
di bawah alunan ombak
lalu berlenggang-lenggok
aku menari aku menyanyi
lagu pengantin laut
berbulan madu di Gunung Kinabalu
menjulang langit kasih sayang

Aku berkolek dari Semenanjung ke Labuan
membawa salam puisi
antara kita tiada lagi
batasan sempadan
kita adalah laut adalah pantai
sebuah wilayah.

Aku berkolek di Laut Cina Selatan
bersama para nelayan
kita adalah udang ketam sotong ikan
lalu berenang sekawan
riaknya berbunga hidup
berkelopak kembang selaut
dalam keindahan alam kehidupan
lalu berbau harum wangi sepanjang zaman.

Kembang Selaut, 1988
Dewan Bahasa & Pustaka

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Aku Tidak Mahu Lagi