Puisi Penyu

Bergurau senda di rantau adik
bergelak ketawa di Rantau Abang
tetamu bertemasya lalu mengusik
jantung hatinya berlubang.

Siapalah tahu matanya kelabu?
siapalah tahu dadanya sesak sebak?
sedang air matanya berguguran
di atas lubang yang dikambus
sering digali orang
namun demikian penyu bertelur seumur.

Telurnya berlubang segar
telurnya mewangi pantai timur
telurnya berisi penawar.

Demikianlah nyanyian
lagu puisi penyu
dalam derita menabur jasa.

Kembang Selaut, 1988
Dewan Bahasa & Pustaka

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Satu Cerita Cinta