Kulit Bawang

dengan sebilah pisau di tangan
kukupas lapisan kulit di tubuhmu
dengan tidak kusedari
kukupas lapisan kulitku sendiri
hingga tipis
kulit bawang di atas lantai
tak berkedip melihatku
merenungi ketipisan diriku

Seberkas Kunci, 1985
Dewan Bahasa & Pustaka

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Sketsa muka depan oleh Zulkifli Dahlan
Catatan Mimpi Latiff Mohidin