Loceng, Burung Kecil dan Aku

kalau kubentang luas kedua tangan
takkan kuterbang walau sekibas ke langit
tapi burung kecil yang melayang
takkan mampu berlari laju di tanah sepertiku

kalau kuguncang tubuh ini
ia takkan berlening merdu
tapi gerincing loceng, sekalipun
takkan mengenal sebanyak lagu sepertiku

loceng, burung kecil dan aku
setiap kita berbeza, setiap kita ada eloknya

“Me, A Little Bird And A Bell”
transl.
Timothy Takemoto

terj. Syaheeda Hamdani

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Telah Kusiapkan