Kaneko Misuzu

KANEKO MISUZU (1903-1930) ialah seorang pengarang puisi kanak-kanak yang popular dalam kalangan rakyat Jepun. Dilahirkan pada 1903 di sebuah perkampungan nelayan tanah barat negeri matahari terbit itu, dia membesar dalam keluarga pemilik kedai buku menjadikannya pencinta buku sejak kecil lagi. Dengan galakan emak dan neneknya, dia meneruskan pelajaran sehingga usia 18 tahun, suatu pencapaian di luar jangkaan semasa itu.


Nama Misuzu pertama kali muncul pada tahun 1923. Puisi-puisinya tersohor ketika zamannya, namun setelah dia mati muda dan kemaraan perang dunia kedua, dia telah dilupakan.


Seorang pemuda, Setsuo Yazaki menemui puisi Kaneko, ‘Big Catch’ pada tahun 1966. Dia jadi teruja dengan puisi-puisinya dan menjejaki ahli keluarga Kaneko yang masih menyimpan diari puisinya. Dengan usaha Yazaki inilah, puisi-puisi Kaneko Misuzu dapat timbul kembali di negara Jepun.

Karya

Are You an Echo?: The Lost Poetry of Misuzu Kaneko

Sayap khayalan saya yang pernah membelah awan tinggi sedekat matahari kini sudah dipaku ke dinding. Yang tinggal pada saya cuma seorang ibu yang dungu. Saya masih sekadar ulat buku itu yang khayal dengan dunia dalam buku bacaan dan tidak berusaha menghadapi kenyataan dunia sebenar. Kegembiraan saya ada pada keriangan anak perempuan saya dan pada terbukanya buku-buku.

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com