12 Februari 1963, Plath mati bunuh diri di usia 30 tahun. Dia meletakkan kepalanya dalam ketuhar dan mati lemas dengan gas, itupun selepas memastikan dua orang anaknya selamat di bilik lain.
Masa sentiasa mengintai kita, dengan rahsianya yang kita tak pernah tahu. Seperti bukit besar yang diduduki Plath, ia ada di situ tapi tiada dalam foto. Dan seperti bukit kubu berparit, kita mempersiapkan diri kita untuk masa hadapan, tapi dalam kes Plath, masa hadapan yang datang seperti askar infantri, tak pernah sampai kepadanya.