Teologi

Tak, bukanlah ular
menggoda Hawa kepada epal
itu cuma fakta 
yang diputar-belit

Adam memakan epal
Hawa memakan Adam
Ular memakan Hawa.
Ini ialah perut yang gelap.

Manakala ular tidur
kekenyangan di taman syurga
tersenyum mendengar 
tuhan memanggil dan merungut.

“Theology”
Birthday Letters, 1998

terj. Faisal Mat Zawi

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Gerimis