Tiga Serpihan Sajak

1.

mereka membongkar kubur
lalu menjamu jenazah ibumu
seperti sebuah hidangan besar
dan menggigit batu nisan
sampai patah
menelan segala bunga hiasan
di sekeliling kubur tak tersisa
walau tanah pengebumian

dari Anjing-Anjing Sedang Memakan Ibu Mu
“The Dogs Are Eating Your Mother”
Birthday Letters, 1998

2.

waktu tidur
kepala mereka terbelah
seperti dua bahagian tembikai
tapi cinta tak dapat dihalang lagi

dalam tidur berdakapan mereka bertukar
sepasang tangan dan kaki
dan menawan diri masing-masing
dalam mimpi

kemudian pagi hari
mereka saling memakai wajah satu sama lain.

dari: Nyanyian Cinta
“Lovesong”
Birthday Letters, 1998

3.

Engkau seperti seorang pelampau agama
yang tak punya tuhan- tak berupaya sembahyang.
Engkau mahu jadi penulis.
Nak menulis? Apakah dalam dirimu
yang mahu bercerita?
Cerita tentang tuhan seorang penulis, menyeru
waktu tidur, perlahan sekali: ‘Tulis.’
Tulis apa?

Hatimu, gurun Sahara, meradang
dalam kesunyiannya.
Mimpi-mimpi yang sunyi.
Kau membongkok di meja dan menangisi
sebuah cerita yang tak mahu jadi
seperti sebuah doa
untuk sesuatu yang mustahil
kepada tuhan palsu.

dari: Tuhan
“The God”
Birthday Letters, 1998

terj. Faisal Mat Zawi

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com