Bahasa, Seperti Perasaan

bahasa, seperti perasaan
tak pernah punyai sempadan,
kataku pada joy lin suatu malam
di lobi united hotel
di festival puisi antarabangsa taipei.

hanya kita, hanya kau dan aku,
menyempadankan tutur kita.
joy mengangguk. kami terus bertutur
dalam bahasa rojak yang enak
bahasa mandarin dan melayu.

Pasar Pengalaman, 2004
Dewan Bahasa & Pustaka

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Keujudan