Sketsa muka depan oleh Zulkifli Dahlan

Catatan Mimpi Latiff Mohidin

Beberapa catatan mimpi ini merupakan bahagian prakata cetakan pertama kumpulan puisi Sungai Mekong tahun 1972 (1974, mengikut rekod DBP) yang diterbitkan secara mandiri dengan bantuan dua orang rakan Cina Latiff Mohidin. Edisi pertama ini memuatkan puisi berserta terjemahan Mandarin dengan iringan sketsa oleh Zulkifli Dahlan (Jo). Sungai Mekong hanya diterbitkan semula oleh Dewan Bahasa & Pustaka pada tahun 1981 berserta terjemahan Bahasa Inggeris oleh Mansor Ahmad Saman dan tiada menyertakan bahagian prakata ini di dalamnya.

mimpi 1: setelah menampal rumahkertasku, kuangkat ia keudara dan kutinggalkan ia disana

mimpi 2: dinding dan bumbung dan lantai dewankonsert itu melayang satusatu, johny masih lagi memainkan jazznya — terapungapung

mimpi 3: berjalan disebuah taman dikota new york, kemudian kusedari rumputrumput adalah ribuan helai suratkhabar dan hurufhurufhitamnya adalah pepohonan

mimpi 4: orang lelaki yang berpakaian ‘fancy’ ditepi laut itu berkata padaku: hari ini ayer tak pasang tak surut

mimpi 5: aku berjalan di mongolia berkakiayam, aku tidak pernah kesana

mimpi 6: lalu kuminum secawan ‘puisiku’ itu (dibancuh oleh perempuan tua yang bermisai) dia bertanya: bagaimana rasanya? pahit sekali! kataku

mimpi 7: kulihat seekor ‘siput’ ‘bawang’! teriakku kutulis: ‘mesjid’

inilah sebahagian dari mimpimimpiku, sebahagian lain telah kulupakan dan tidak lagi menggodaku, mungkin kerana mimpimimpi itu telah menjelma didalam puisipuisiku

singapura 5hb jun 1972

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Mata Pisau