Ketibaan Cahaya

Lewat begini pun ia berlaku:
ketibaan cinta, ketibaan cahaya.
Kaubangun dan lilin-lilin bernyala bagai sendiri bernyawa,
bintang berkumpul, mimpi tercurah ke dalam bantalmu,
mengirim jambakan angin suam.
Lewat begini pun tulang-tulang tubuh bersinar
dan debu esok bernyala jadi nafas.

The Coming of Light
The Late Hour, 2002

terjemahan Karim Mohd

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Hidup