Sentiasa Penuh

Di tengah padang
aku adalah apa yang tiada
di padang.
Selalu inilah
masalahnya.
Di mana pun aku berada
aku adalah apa yang hilang.

Pabila aku berjalan
kutinggalkan angin
dan selalunya
angin menyusup masuk
mengisi ruang
tubuh yang kutinggalkan.

Kita semua ada alasan
untuk terus bergerak.
Aku bergerak
agar semua sentiasa penuh.

Keeping Things Whole
Sleeping with One Eye Open, 1964

terjemahan Karim Mohd

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Berjalan Ke Barat Waktu Pagi Hari