Keujudan

apakah selamanya
aku menjadi
daun pintu
yang setia

masuk orang
aku mengia
keluarpun
mengia juga

akupun seperti kau
sesekali
mesti terkunci
menulis kata:
tidak.

Penemuan, 1975
Dewan Bahasa & Pustaka

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Sebuku Kemenyan