Khuldi Adam

Kau di kamar, seakan mendengar gugusan
gelita yang dingin. Bisik angin, burung dara,
perkampungan jauh musim bercanda, busana
perkahwinan, langit malam – bulan bergantung
seakan lantera purba.

Rakaman jernih yang bertabur dikias
sesia. Kau di kamar, sekarang di belantara
sepi yang tercipta, kauingatkah Khuldi Adam?

Sekepal Tanah, 1995
Dewan Bahasa & Pustaka

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Mayat