Selembar Tubuhmu

Selembar tubuhmu yang kurus itu pernah kaubelah
dua. Apa yang ada di dalamnya selain sel-sel darah halus
cangkir rahsia tempat bermulanya nyawa.

Dua sungai darah yang bersatu telah membentuk sungai baru
dalam tubuhmu, mengalirlah sungai itu dari titisan arwah
Adam dan Hawa.

Selembar tubuhmu yang pernah kaubelah dua
ketemuikah kau sejari hati, di mana tempat bermulanya
cinta. Bilakah akan bersatu kembali tubuhmu yang
pernah terbelah itu?

Sekepal Tanah, 1995
Dewan Bahasa & Pustaka

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Video: Tenang Telah Membawa Resah