Mainan Sinar

mainan sinar
dari sisiran atap
lapisan suluhan cahaya
yang nipis itu
mencipta ribuan bayangan
kelopak teratai

di sanalah bermula
cetusan panca-inderamu
kemudian membiak
ke seluruh liku pedalaman
daerah yang lebih sulit
dan dewasa

sejak saat itu
kau telah jauh berjalan
meninggalkan kesan
lapisan kerak kanji ubi
titisan air susu ibu
di atas lantai

rumah tua itu
masih kukuh dan setia
menyimpan rahsia
mainan sinar
dari sisiran atap
cetusan panca-inderamu
yang pertama

Serpihan dari Pedalaman, 1979
Sistem Intermedia

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Tentang Berenang