i
setelah puas
mengheret nafas kembaranya
tiba-tiba terbujur
di ruang sepi.

ii
bau asap kemenyan
dari tujuh penjuru rimba
hinggap di kaca.

iii
dalam sepi
tiada siapa yang mendengar
sebuah suara
‘Tuhan, hidupkan aku
walaupun sesaat.’

(sepi merata
di setiap mata.)

Pasrah, 1981
Dewan Bahasa & Pustaka

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Sketsa muka depan oleh Zulkifli Dahlan
Catatan Mimpi Latiff Mohidin