hanya batu yang mengerti makna keras hanya pisau
yang mengerti makna tajam hanya daging yang mengerti
makna luka hanya api yang mengerti makna panas hanya
lidah yang mengerti makna rasa hanya kasturi yang
mengerti makna harum hanya aku
yang mengerti
makna jasad
sesat telah ketemui arah mimpi telah ketemui nyata
hujung telah ketemui pangkal sungai telah ketemui
muara lumpur telah ketemui jernih pusar telah
ketemui lerai cabang telah ketemui lurus jauh telah
ketemui dekat kusut telah ketemui punca dan aku
telah kenal
Allah
selepas ketemui
diriku
Qaf, 1985
Dewan Bahasa & Pustaka