Sangat Lewat, Tapi Belum Terlambat

Aku orang terakhir meninggalkan parti. Aku ucap selamat malam kepada Stephanie dan Jared. Mereka dah masuk tidur. Mereka dah mabuk asmara pun, tapi mereka berhenti untuk terima kasih kepadaku. Aku jalan melalui Kellog Street, bulan purnama menerangi langkahku, aku tertanya-tanya siapakah mereka, dan kenapa mereka menjemputku datang. Aku menjadi pengintip sepanjang malam mendengar segala perkara yang sia-sia. Gila juga apa orang sanggup cerita pada tetamu yang asing. Di hujung Kellog aku belok kanan ke arah Windsor. Seorang perempuan sedang berdiri di bawah tiang lampu. Dia nampak takut. “Cik perlukan pertolongan?” aku tanya. Dia teragak-agak sebelum jawab, “Saya sesat.” “Nak pergi mana?” aku tanya. “Richard Street,” katanya, “mak cik saya tinggal sana.” “Tak jauh dari sini,” kataku. “Saya jalan dengan awak ke sana.” Dan kami pun berjalan. Aku dapat rasa dia macam takut-takut. Basnya sampai lewat, dan mak ciknya sepatutnya datang jemput, tapi tak ada orang jawab apabila dia cuba telefon. Waktu kami sampai rumah mak ciknya, lampu gelap. Aku tunggu sementara dia ketuk pintu. Tiap-tiap kali dia ketuk lebih kuat tapi mak ciknya tak menyahut. “Macam ni lah,” ujarku, “saya tinggal dekat-dekat sini. Jom pergi rumah saya dan kita boleh telefon polis. Lepas tu kita fikir lain.” Dia setuju sebab memang tak ada pilihan. Kami berjalan tenang dalam diam. Dan apabila dia menghulurkan tangannya kepadaku, aku rasa seolah-olah hidupku baru saja bermula.

Very Late, but Not Too Late
Poetry, February 2003

terjemahan Wan Nor Azriq

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Tenang Telah Membawa Resah