Pasar Pengalaman (2004)

"Tidak ada seorang pun dilahirkan bijak atau bodoh. Pengalaman mengasah mereka menjadi bijak atau bodoh."

- T. Alias Taib


Pasar Pengalaman merupakan kumpulan puisi T. Alias yang ketujuh, yang mempertahankan gaya, pengucapan dan peribadi puisi-puisinya yang terdahulu. Persoalan puisinya diselongkar hingga ke dasar, kata-katanya dipilih dan ditampi daripada yang terbaik, isi dan bentuk dipertemu dan dipersandingkan dalam suasana yang mesra dan seimbang. Penyair menghantarkan kita lapisan pengalamannya yang jujur dan pelbagai, pengalaman dirinya dan pengalaman watak di sekitar dan di seberang dirinya. Saya memperoleh pengalaman melalui kehidupan - katanya dalam sebuah bengkel penulis muda - dan memberi pengalaman melalui puisi.


Diterbitkan oleh

Dewan Bahasa & Pustaka

Cetakan Pertama 2004

Sonia pelakon pintar di layar hidup. Pemain seribu watak juga pengatur seribu gerak. Hidup yang keras di kota mengasuhnya seni menggubah watak juga seni mengubah gerak.
Kususuri sungai sibuk ini di tengah-tengah penjual dan pembeli yang kaya dengan perasaan tetapi miskin dengan kebijaksanaan.

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com