sewaktu kupindahkan laut
ke atas sekeping kertas
kutinggalkan ombak dan geloranya
kepada pesisir pantai
di mana badai
menerjah keras

yang ingin kumiliki
hanyalah laut
bukannya ombak dan gelora
kerana kutahu
jiwaku yang lembut
tidak dapat menerima
cabaran tengkujuh itu

biarlah laut yang telah kupindahkan
ke atas sekeping kertas
menghamparkan ketenangannya
biru dan indah
dengan ikan-ikan berenang riang
jauh dari pukat dan jala
serta kail bencana.

Pengalaman, 1993
Dewan Bahasa & Pustaka

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Post-Mortem