1
bibir botol yang sempit
kadangkala lebih basah
dari bibir gelas
yang luas

hanya penyedut minuman
yang tahu rahsia ini

2
lidah garpu yang berceracak
kadangkala lebih lembut
dari lidah sudu
yang bergeluk

hanya mulut
yang tahu rahsia ini

Pengalaman, 1993
Dewan Bahasa & Pustaka

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com
Bacaan lain
Lelaki Kedai Bunga