Masih saja tanah basah ini memberiku nafas, tapi mengapa ada yang diam-diam melucutkan kembangku dari lagu hujan, kemudian memaksaku membenamkan diri ke dalam kemarau?
Zaen Kasturi
ZAEN KASTURI atau nama sebenarnya Zainal Palit dilahirkan pada 16 Oktober 1964 di Kampung Ladang, Kuala Sungai Baru, Melaka. Menerima pendidikan rendah dan menengah di tempat kelahirannya dan di Masjid Tanah, Melaka. Kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Penulisan Kreatif dan Deskriptif.
Beliau mula melibatkan diri dalam bidang penulisan pada sekitar pertengahan tahun 1980-an. Zaen banyak merangkul hadiah melalui hasil karyanya. Terkini, beliau menerima Anugerah SEA WRITE 2010, sebuah anugerah sastera yang berprestij di Asia Tenggara.
Karya
Kumpulan puisi
77 Tuju, 2015: Institut Terjemahan Buku Malaysia
Iga, 2005: Dewan Bahasa dan Pustaka
Katarsis, 1993: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kumpulan cerpen
Taman Uzlah, 2005: Dewan Bahasa dan Pustaka
Rapsodi, 1998: Dewan Bahasa dan Pustaka
Idola, 1997: Sasbadi
Yuda, 1992: Dewan Bahasa dan Pustaka
Novel
Angin Belantara, 1996: Kharisma Publication
Fujiyama, 1992: Dewan Bahasa dan Pustaka