Sayap khayalan saya yang pernah membelah awan tinggi sedekat matahari kini sudah dipaku ke dinding. Yang tinggal pada saya cuma seorang ibu yang dungu. Saya masih sekadar ulat buku itu yang khayal dengan dunia dalam buku bacaan dan tidak berusaha menghadapi kenyataan dunia sebenar. Kegembiraan saya ada pada keriangan anak perempuan saya dan pada terbukanya buku-buku.
Ritma dan Tak Tun
atau mengapa Tak Tun adalah antara puisi moden terpenting dalam negara
Puisi Tak Tun oleh A. Ghafar Ibrahim tersebar semula sempena pameran lukisan Poemscape AGI. Abdul Rahman Shah mencatat perihal apa yang kita dapat teliti darinya.
12 Februari 1963, Plath mati bunuh diri di usia 30 tahun. Dia meletakkan kepalanya dalam ketuhar dan mati lemas dengan gas, itupun selepas memastikan dua orang anaknya selamat di bilik lain.
Masa sentiasa mengintai kita, dengan rahsianya yang kita tak pernah tahu. Seperti bukit besar yang diduduki Plath, ia ada di situ tapi tiada dalam foto. Dan seperti bukit kubu berparit, kita mempersiapkan diri kita untuk masa hadapan, tapi dalam kes Plath, masa hadapan yang datang seperti askar infantri, tak pernah sampai kepadanya.
1. Kalau tiba di hadapan rumah ini, masuklah ke dalamnya. Atau mungkin saja engkau mahu mengintai lewat lubang kunci terlebih...
Ada juga yang berjaya menyiarkan sebuah dua puisi di akhbar dan majalah tanah air, lalu dia sendiri yang menobatkan dirinya sebagai penyair.
Chairil Anwar mahu merdeka, ingin hidup seribu tahun lagi tanpa menghamba kepada sesiapa. Semangat beliau tumpah ke dalam sajak-sajak yang tidak banyak bilangannya, tetapi menjadi permata yang sukar dicari ganti.