Aku tidak mahu lagi jadi saksi kepada kepalsuan kerana kepalsuan sering diputarbelitkan menjadi tidak palsu lagi
Aku selalu didatangi seorang teman yang hitam kemudian memakan tidurku hingga pagi.
Kususuri sungai sibuk ini di tengah-tengah penjual dan pembeli yang kaya dengan perasaan tetapi miskin dengan kebijaksanaan.
sebuku kemenyan perlahan-lahan terbakar di tengah kamar. asapnya mengapung
Sonia pelakon pintar di layar hidup. Pemain seribu watak juga pengatur seribu gerak. Hidup yang keras di kota mengasuhnya seni menggubah watak juga seni mengubah gerak.