Muhammad Haji Salleh, yang kini lebih dikenali sebagai penyair dan penulis esei serta kritikan sastera yang disegani, telah menulis semenjak di Maktab Perguruan Tanah Melayu di Brinsford pada tahun 1963. Oleh kerana latar belakang persekolahan yang hampir pada bahasa dan kesusasteraan Melayu dan Inggeris, beliau menulis dalam kedua-dua bahasa itu sekali gus. Beliau terpengaruh dengan T.S. Eliot dan W.H. Auden yang beliau minati pada waktu itu, dan hal ini dapat dikesani dalam puisi-puisi beliau dalam bahasa Inggeris.
Barangkali itulah telor yang kadang hilang kadang nampak di tangan tukang sulap yang kautonton sore tadi.

Media Sosial

Follow Bilik Penyair on WordPress.com